markah kasihan????? betul ke????? sila komen luahan ini…..

assalamualaikum kepada pelawat sekalian, aku  ingin titipkan sedikit tulisan sebagai mangsa di dalam keadaan ini.

ku terpaksa membuat blog khas ini untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh bekas lecturer ku sendiri walaupun pahit untuk menyatakan kebenaran ini.

mulanya kami hanya berdiam diri dan pasrah dengan apa yang telah berlaku kepada kami.tetapi (nor) bukan nama sebenarnya telah membuka pekungnya sendiri dgn fitnah yang besar ini.kami terpaksa bangun  dan melawan untuk menangkis fitnah ini….

Antara  noktah-noktah penting yang dapat ku sebutkan sedikit ialah:

1) nor (bukan nama sebenar )kerap kali mengomen tulisan allahyarham yb Prof dr Ahmad Ibrahim( bapa undang-undang Malaysia)yang merupakan pusat rujukan semua profesor-profesor dalam bidang undang-undang di malaysia khasnya , dengan menyatakan kesalahan penggunaan bahasa inggeris dalam penulisan beliau. adakah nor ini sangat hebat sehingga tokoh yang dihormati di dalam bidang undang-undang pun dia sanggup komen dengan secara terbuka?? apakah hak dia?? hebat sangat kah dia??

2)sebenarnya (nor) ini bukannya mengajar undang-undang tetapi mengajar grammar inggeris di dalam kelas. sehinggakan dia membuat satu kelas khusus untuk nyanyian. kononnya untuk menolong pelajar dalam bahasa inggeris.kami turuti dengan hati yang penuh ikhlas untuk mempertingkatkan bahasa inggeris kami. rupanya apa yang kami sangkakakan adalah omong-omong kosong sahaja.

sebenarnya nyanyian tersebut adalah semata-mata mengikut kehendak hati dia yang sukakan hiburan bukannya meningkatkan ilmu bahasa inggeris. ini terbukti apabila dia mencadangkan untuk membuat satu persembahan nyanyian bersempena makan malam Fakulti kami , kemudian pelajar tidak setuju untuk membuat persembahan ketika jamuan makan malam itu, apalagi melentinglah dia.

ketika dalam kelas BI tersebut, dia akan gelak besar dan ramai yang terguris ekoran dari perlakuan beliau yang jelas menghina apabila sesuatu sebutan tidak dapat disebut dengan fasih seperti ‘mat saleh’. adakah ini caranya seorang guru mendidik insan yang bergelar murid??

3) suatu ketika didalam dewan tiba-tiba hatiku benar-benar terguris apabila beliau sanggup mengeluarkan kata-kata yang sangat pedas iaitu “go to hell” kepada pelajar yang kononnya tidak fokus ketika dia mengajar.inikah sikap seorang guru dalam membantu muridnya dalam mencurahkan  ilmu???

4)Tidak dapat dinafikan bahawa tiada orang yang sempurna dalam dunia ni…tapi, cara pemarkahan yang kononnya mengikut skema cukup mendera pelajar…Bukan x tahu langsung wat ayat tapi kesalahan grammar yang kecil pun boleh bawa markah kosong, apalagi kesalahan yang besar???? Contohnya ” there are provision in federal law” dalam ayat tersebut,, kesalahannya hanya kerana tertinggal huruf “s”.. yang sepatutnya ialah perkataan “provisions”.. akan membawa effect yang sngt besar dalam permarkahan,, kalau markahnya 1.5, dia hanya beri 0.25 jer…mana markah isi? ni belajar English atau Undang2? padahal, kalau ikut skema, markah yang dipotong untuk grammar ada hadnya…kalau mood dia x elok, kosong la yang paling tinggi diperolehi…bayangkan….kalau sepuluh soalan kena mcm tu, berapa markah jer budak dapat?mana x student gagal dengan cemerlang!!!!bekas hakim mahkamah tinggi pun boleh bertolak ansur dlm hal ni…bertolak ansur…bukan kasihan tau….budak yang masuk USIM ni, bukan budak terencat akal….yang pilih kami masuk sini, pihak kementerian juga…kalau x percaya, cubalah berguru sekali dengan dia….professor dalam bidang undang-undang pun belum tentu lulus kalau berguru dengan dia.apa  taknya kena hafal sebijik-sebijik dalam buku baru dapat markahsampaikan akta pun dia boleh kata salah penggunaan bahasa.…suruh dia wat akta sendiri la kalau gitu…lu pikir la sendiri!!!!!!!

5) tiap-tiap kali di dalam kelas ada sahaja umpatan demi umpatan beliau terhadap mana-mana pensyarah yang dia x suka.pedih telinga kami mendengarkan umpatan beliau tapi kami sabar menahan.nak buat macam mana kan kami adalah pelajar. layan je lah dgn citer dia tu walaupun hati pedih mendengar umpatan dia.

sebenarnya masih banyak lagi peristiwa hitam lagi pahit semasa belajar dengan dia yang tidak sanggup kami ceritakan dengan lebih detail.bkn kami tidak hormat kpd guru tetapi kami amat kecewa dengan tindakan dan fitnah yang telah beliau lemparkan kepada seluruh warga USIM.ini jelas menunjukkan niat jahat beliau untuk merosakkan dan menjatuhkan nama Universiti kami.

yang benar,

salah seorang mangsa beliau.

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!